Monday 5 November 2012

Berminat Menjadi Ejen?

Hola & Salam Sejahtera!

Terima kasih atas sokongan anda! 

Tawaran menjadi ejen terbuka kepada sesiapa yang benar-benar serius untuk memperkembangkan lagi produk eksklusif berasaskan Alpaka ini.

Sekiranya anda berminat, sila berurusan dengan kami melalui email atau PM saya di FB.


Tertakluk kepada terma & syarat.


~We are looking forward to work together to create the mutual benefit in future ~

Thursday 1 November 2012

Tips Penjagaan Pakaian Alpaka!


Salam Sejahtera! 

Tahniah jika anda sudah memiliki barangan Alpaka!

Pakaian yang berasaskan Alpaka adalah sangat halus (fine) buatannya, berkualiti tinggi (excellent quality) & sangat sukar diperolehi (rare). Penjagaan yang rapi bukan sahaja akan memelihara keadaannya malah boleh dijadikan pusaka bertahun-tahun jika kena dengan caranya.

Di sini saya kongsikan beberapa tips penjagaan pakaian yang diperbuat dari gentian Alpaka:

1. Pakaian Alpaka sesuai untuk cucian kering (dry-cleaned) dan cucian tangan sahaja.

2. Kami tidak menggalakkan untuk mencuci pakaian bergentian Alpaka menggunakan mesin basuh biasa. Ini kerana cucian yang kuat boleh menyebabkannya mengecil atau menguncup serta merosakkan stukturnya.

3. Cucian tangan hendaklah dibuat dengan air suam-tidak terlalu panas & terlalu sejuk serta menggunakan sabun yang lembut seperti sabun bayi ( mild baby shampoo/baby liquid).

4. Cuci dengan lembut untuk dua hingga tiga minit dan bilas dengan lembut menggunakan air suam.

5. Biarkan lebihan air terbilas dengan sendiri di sinki, baldi atau apa sahaja bekas. Sidai pada suhu bilik sehingga kering.

6. Apa sahaja pakaian yang bergentian lembut seperti Alpaka adalah digalakkan dihantar untuk cucian kering (Dry-Cleaned) supaya material & strukturnya tahan lama dan kekal lembut.

~Alpaca is the true standard of clothing luxury. Enjoy your Alpaca garment!~



Tips Penjagaan Permaidani Alpaka!


Salam Sejahtera!

Tahniah jika anda sudah memiliki barangan Alpaka!


Tips Penjagaan Permaidani Alpaka

Permaidani Alpaka ini dikategorikan sebagai barangan mewah bermotifkan dekorasi, seperti kereta mewah anda perlu sentiasa memastikan keadaannya terpelihara dan dijaga rapi.

Oleh kerana kami juga adalah pengguna Permaidani Alpaka, di sini saya kongsikan tips serta cara penjagaannya:

1. Gunakan pet's brush/wire brush (sikat haiwan/manusia) untuk mengemas serta merapikan bulunya. Proses ini akan mengembalikan kegebuan permaidani itu nanti (get back to its fluffy state).

2. Simpan di tempat yang mempunyai ruang udara, sejuk & elakkan dari terkena sinaran atau pancaran cahaya matahari yang keterlaluan. 

3. Cuba elak dari meletakkannya di tempat yang 'high traffic' contohnya; di kawasan dapur & bilik air, tempat anak-anak bermain dan sebagainya.

4. Untuk cucian secara menyeluruh, permaidani ini perlu dihantar ke pencuci bulu profesional (professional fur cleaner) untuk cucian kering. Jangan sekali-kali menggunakan mesin basuh biasa untuk mencuci.

5. Namun begitu, anda tidak perlu tergesa-gesa menghantar untuk cucian sekiranya terdapat sedikit kotoran seperti tumpahan air atau noda (spill or stain). Sebaliknya, gunakan span lembut yang dicelup ke dalam air yang dicampur dengan sabun yang lembut seperti sabun bayi atau 'baby shampoo' yang 'mild'. Perahkan lebihan air kemudian lap secara lembut & perlahan-lahan. Biarkan ia kering sepenuhnya. 

7. Pastikan permaidani dalam keadaan kering sentiasa. Peringatan: Elakkan permaidani Alpaka dari basah sehingga ke bahagian bawah kulit. Ini akan merosakkan kulit & menyebabkannya retak.

8. Taburkan bedak bayi ( Baby talcum powder) atau baking soda untuk bau yang segar (fresh).

~ Penjagaan yang rapi bukan sahaja memelihara kualiti & kegebuannya malah akan tahan lebih lama dan kemungkinan juga boleh diwarisi ke anak cucu. Insya'ALLAH :) ~


Ruana @ Poncho!


Alpaca's Ruana @ Poncho

Kami menawarkan Eksklusif Alpaka Ruana @ Poncho.

Pakaian wanita yang sesuai dipakai di pejabat yang berhawa dingin, menonton wayang atau ke tempat yang sejuk/dingin. Sesuai juga digunakan ketika menyusukan bayi anda.

  
Kod: R1
Material: 50% Alpaca, 50% Acrylic
Harga: USD 90 (RM 269) (Termasuk kos penghantaran)
Warna: Terdapat lebih dari 30 pilihan warna
*Percuma Pin Bunga berharga RM 30*


Pilihan warna


Special Characteristic: Boleh digayakan dengan pelbagai cara/ fesyen, Labuh, Selesa, Tebal & Mudah digayakan, Kualiti Eksport.


1.4m x 1.0 m (approx)

----<--------<----,@


 Kod: R2
Material: 50% Alpaca, 50% Acrylic
Harga: USD 83 (RM 249) (Termasuk kos penghantaran)
Warna: Terdapat lebih dari 30 pilihan warna
*Tidak termasuk lain-lain aksesori*

----<--------<----,@



Pilihan warna

Special Characteristic: Ringkas dengan rekabentuk yang tersendiri hanya perlu sarung sahaja & selesa dipakai.

----<--------<----,@


Kod: R4
Material: 100% Alpaca (Tebal, lembut & kualiti eksport)
Harga: USD 120(RM 359) (Termasuk kos penghantaran)
*Tidak termasuk lain-lain aksesori*

----<--------<----,@


Kod: R5
Material: 100% Alpaca (Tebal, lembut & kualiti eksport)
Harga: USD 120(RM 359)  (Termasuk kos penghantaran)
*Tidak termasuk lain-lain aksesori*


----<--------<----,@


 Kod: R6
Material: 100% Alpaca (Tebal, lembut & kualiti eksport)
Harga: USD 109 (RM 329) (Termasuk kos penghantaran)
*Tidak termasuk lain-lain aksesori*

----<--------<----,@


Kod: R7

Material: 50% Alpaca, 50% Acrylic (Tebal, lembut & kualiti eksport)
Harga: USD 90 (RM 269) (Termasuk kos penghantaran)
Warna: Terdapat lebih dari 30 pilihan warna
Percuma Pin Diperbuat dari Tanduk Lembu
*Tidak termasuk lain-lain aksesori*

HURRY! GRAB ONE!



Bayaran Ansuran

Salam Sejahtera!

Berita baik bagi pelanggan-pelanggan yang ingin memiliki PERMAIDANI MEWAH ALPAKA. 

Kami memahami keperluan pelanggan kami & di sini dengan SUKAHATI kami menawarkan BAYARAN SECARA ANSURAN untuk kemudahan semua seterusnya memiliki permaidani mewah Alpaka idaman hati anda.

Syarat-syarat dan terma:

1. Kami hanya menerima tempahan dari pelanggan yang serius sahaja. (Serious buyer only)

2. Selepas anda berpuashati dengan pilihan permaidani idaman hati, anda perlu membayar ansuran sekurang-kurangnya 45% daripada harga permaidani sebagai deposit/cengkeram.

3. Deposit/cengkeram dikira HANGUS (burn) sekiranya anda berubah fikiran atau membatalkan pembelian.

4. Tetapi, deposit/cengkeram ini boleh dipindahmilik (TRANSFERABLE) atas permaidani yang SAMA yang dipesan.

5. Seterusnya anda boleh membayar secara ansuran maksimum 10 bulan sahaja.

6. Proses penghantaran hanya akan dibuat selepas kami menerima bayaran penuh harga permaidani tersebut.

7. Tawaran ini tidak terbuka kepada sebarang bentuk PROMOSI. Harap maklum.

Everything is based on trust. We are flexible &  we are really concern about this! :)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu." (Al-Nisa, 4:29)




How To Buy?


Cara Membuat Pembayaran & Penghantaran

1. Selepas anda membuat keputusan untuk membeli, sila bankkan wang ke akaun CIMB Bank atas nama:

MARYATIE BINTI MOHD YUSOF
NO A/C: 14230068775525

atau

MUHAMAD NADZRI BIN ABDULLAH SANI
NO A/C: 12260027903521

2. Sila maklumkan tarikh, waktu & no rujukan bayaran (jika ada).

3. Proses penghantaran hanya akan dibuat selepas pengesahan bayaran diterima.

4. Penghantaran akan dibuat selewat-lewatnya 2 hari selepas pengesahan bayaran.

5. Barang yang dipesan akan dihantar terus dihadapan pintu tuan/puan dalam masa 15 sehingga 20 hari bekerja untuk barangan kurang 1.5 kg manakala untuk Permaidani Alpaka (3kg dan ke atas) sehingga 60 hari bekerja.

6. Kami menggunakan perkhidmatan Pos Nasional Peru-Berdaftar (SERPOST).

7. Sebarang kemusykilan, bolehlah diajukan kepada admin Casa de la Marya melalui email: maryayusof@gmail.com atau casadelamarya@gmail.com atau terus ke inbox di facebook: http://www.facebook.com/marya.yusof

8. Serious buyer only. Insya'ALLAH, we serve you the best!

~Gracias Por Su Preferencia~

Thursday 25 October 2012

Permaidani Mewah Alpaka - Bulat


Terdapat 2 jenis Permaidani Alpaka. BABY ALPACA (Alpaka Bayi) & ADULT ALPACA (Alpaka Dewasa). 

Bulu ADULT ALPACA adalah lebih lembut dan kuat dari bulu kambing biri-biri (Sheep Wool).

Harga mengikut saiz (Round):

1m to 0.6m (Diameter Approx) = RM 690 (Small)
1.5m to 1.8m (Diameter Approx) = RM 1,290 (Medium)
1.8m to 2m (Diameter Approx) = RM 1,890 (Grand)

Anda boleh memilih corak & saiz mengikut kesukaan. Tertakluk kepada terma & syarat.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email: casadelamarya@gmail.com / maryayusof@gmail.com

*Serious buyer only*